Hari ni jalan ke Johor Premium Outlet (JPO) cuci mata. Sampai - sampai je lupa mask tak bawa. Nasib baik dalam bag doraemon ni masih ada mask BN Sabah yang terperap dalam bag sejak PRN Sabah hari tu 😅
Hari ni mask dah jadi satu kewajipan untuk kita pakai walau dimana pun berada. Saya tak suka sangat pakai mask ni sebab rimas tetapi apakan daya inilah yang kita perlu lakukan hidup dalam norma baru covid19.
Nak tanya juga anak Sabah, macam mana sekarang? Ok ke? Puas hati atau tidak pentadbiran kerajaan hari ni?
Jika ada janji yang belum ditunaikan, minta jangan malu atau takut untuk desak kerajaan tunaikan janji. Tapi perlu lah terlebih dahulu bertanya progress janji yang dibuat sebelum nak menghalakan serangan. Gunakan diplomasi dan sabar dalam membuat tuntutan.
Dalam masa yang sama jangan lupa untuk yang cukup umur 21 tahun daftar sebagai pengundi. Anak anak Sabah PRU15 nanti akan mengundi untuk memilih ahli parlimen. Jadi anda semua ada peluang sekali lagi untuk membuat pilihan dan sebelum sampai kepada hari mengundi tuntutlah kepada pemimpin politik setempat apa yang perlu untuk belia dan masyarakat setempat.
PRU15 medan kita anak muda lakukan perubahan dan pastikan orang politik tidak mudah mempergunakan kita. Jangan takut dalam perjuangan kerana kalau bukan kita siapa lagi? Kalau bukan sekarang bila lagi?
Daftar mengundi Guys 💪🏼